Konsep
bertutur
Seseorang yang mempunyai kemahiran bertutur
yang baik membolehkan seseorang menyampaikan perasaan dan fikirannya dengan
berkesan. Ini
bermakna
seseorang pendengar dan penutur yang baik lebih berpotensi menguasasi kemahiran
membaca dan menulis dengan baik kerana keupayaan mendengar dan bertutur dengan
baik akan membantunya dalam proses membaca dan menulis. Kemahiran bertutur
merupakan proses komunikasi yang amat kompleks. Semasa bertutur, seseorang itu
akan menghasilkan bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur prosodi (intonasi,
tekanan sebutan dan jeda) dan para linguistik (bagi bahasa isyarat dan pergerakan
badan). Walau bagaimanapun, selain menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan
bunyi bahasa yang bermakna, proses bertutur juga melibatkan proses mental iaitu
memahami, menaakul, memadan, menyesuaikan dan memberi gerak balas tertentu mengikut
situasi sesuatu komunikasi. Penutur yang baik akan mengkoordinasi keupayaan
mendengar
dan memperoleh maklumat bagi tujuan menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dengan
menggunakan unsur-unsur prosidi dan melaksanakan proses mental mendengar dan
membaca secara berkesan.
Aspek-Aspek
Pertuturan
Aspek
Linguistik
(a)
Sebutan
- Dalam aspek sebutan murid-murid diajar mengenal dan membunyikan setiap huruf,
suku kata, perkataan, frasa kata dan ayat. Dalam hal ini, murid-murid diajar
menyebut dan membunyikan suku kata dan perkataan dengan jelas dan tepat mengikut
kaedah bunyi, sebutan dan maknanya. Aspek
ini penting, terutamanya melibatkan perkataan yang mempunyai ejaan yang sama
tetapi kaedah sebutan dan makna yang berlainan seperti semak, boleh dibunyikan
sebagai /semak/ dan /sǝmak/ dan seumpamanya
(b)
Tekanan
- Tekanan merujuk kepada cara dan bagaimana penutur menyebut dan memberi tekanan kepada sama ada suku kata,
perkataan atau rangkai kata tertentu bagi tujuan menegaskan sama ada keras atau
lembutnya sesuatu pengucapan
(c)
Mora (panjang-pendek) - Mora
atau panjang-pendek merupakan kadar (dalam bahasa Arab disebut ‘harakat’),
tidak begitu membezakan makna dalam bahasa Melayu
(d)
Jeda
(persendian) - Unsur ini merujuk
kepada aspek persendian – memisahkan elemen-elemen linguistik dalam perkataan,
rangkai kata atau ayat.
Dalam ayat, jeda digunakan sebagai
hentian sementara yang boleh membezakan makna jika unsur ini digunakan.
Misalnya ungkapan, ‘jangan tembak,’ jika tidak menggunakan jeda bermaksud
larangan melepaskan tembakkan, sebaliknya jika jeda digunakan, ‘jangan/tembak,’
bermaksud menangguhkan seketika dan kemudiannya melepaskan tembakkan!
(e) Intonasi
- Intonasi merujuk kepada
kedaan sama ada dilafazkan secara menurun atau menaik sesuatu. Intonasi dalam
ayat sama ada menaik, menurun atau mendatar berbeza-beza mengikut jenis ayat.
Misalnya, ayat tanya biasanya mempunyai intonasi menaik, manakala ayat penyata
mempunyai intonasi menurun di hujung
ayat
(f) Nada - Nada merujuk kepada keadaan
bunyi sama ada menaik atau menurun ketika sesuatu perkataan itu disebut. Dalam
muzik misalnya terdapat lapan nada: Do, Re,Mi, Fa, So, La, Ti dan Do –
setiap nada mewakili satu suku kata. Demikian dalam bahasa Melayu, nada tidak
bersifat fonemik berbanding dengan bahasa Cina kewujudannya lebih jelas
(g) Tatabahasa - Aspek tatabahasa merujuk
kepada aturan, formula, kaedah dan
tatacara menentukan hukum dalam berbahasa – meliputi
bidang fonologi, sintaksis dan semantik. Aspek tatabahasa dalam pertuturan
kerap kali tidak diberatkan berbanding dalam aktiviti penulisan. Walau
bagaimanapun untuk memperoleh kebiasaan yang baik dan kesan yang mendalam dalam
pengucapan, aspek tatabahasa perlu diguna pakai sebaik-baiknya
(h) Kelancaran - Aspek kelancaran
menegaskan perihal dan keupayaan murid bertutur dengan baik, teratur dan kemas
tanpa gangguan tersekat. Ini banyak dipengaruhi dan ditentukan oleh tahap
penguasaan dan kecekapan berbahasa dalam kalangan murid-murid
(i) Kefasihan - Aspek kefasihan menentukan
bukan sahaja murid boleh bertutur dengan baik, lancar dan berkesan, sebaliknya
boleh membunyikan kata atau menyebut perkataan dalam ayat dengan jelas, betul
dan betul
(j) Laras bahasa - Aspek laras bahasa dalam
konteks ini menegaskan kemahiran murid-murid menggunakan bahasa dalam konteks
yang situasi, keadaan dan disiplin ilmu berlainan. Ini penting bagi tujuan
mempastikan murid-murid boleh berkomunikasi secara berkesan
Aspek bukan
linguistik :
a. Kelancaran
b. Kefasihan
c. Pergerakan tubuh
d. Bahasa
isyarat
No comments:
Post a Comment