KEMAHIRAN MEMBACA
PENGENALAN
Selain daripada kemahiran lisan, Kita mungkin tidak dapat bersama-sama dengan orang lain sepanjang masa, oleh itu melalui bacaan kita dapat memahami mesej yang disampaikan oleh orang lain melalui tulisan. Pengertian bacaan adalah luas iaitu tidak hanya terhad kepada maksud membunyikan tulisan atau “barking at words” semata-mata. Membaca secara senyap dengan memberi penekanan kepada memahami apa yang dibaca adalah sangat penting.
Bagi seseorang pelajar, membaca merupakan kunci kejayaan akademiknya, sumber kepada penambahan ilmu pengetahuan, dan kunci kepada keupayaan menikmati hasil penulisan untuk mengisi masa lapangnya. Pengajaran kemahiran membaca kepada kanak-kanak memerlukan kaedah dan teknik tertentu supaya mereka dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik sama ada membaca secara nyaring atau membaca secara senyap. Bagi kanak-kanak masalah pembelajaran pula, mereka memerlukan kaedah dan teknik mengajar yang lebih khusus sesuai keupayaan dan kebolehan mereka.

Definisi
Membaca adalah salah satu masalah utama yang dihadapi oleh kanak-kanak masalah pembelajaran. Bacaan juga merupakan sebagai punca utama kegagalan kanak-kanak di sekolah. Malah dikatakan juga bahawa kegagalan membaca akan membawa kepada perlakuan salah laku, cemas, kurang motivasi, dan perasaan rendah diri (Mercer, 1992). Membaca adalah kemahiran yang kompleks dan banyak definisi diberikan untuk menjelaskan maksud bacaan. Secara asasnya, membaca mengandungi dua proses asas, iaitu ”nyah kod” (decode) dan pemahaman. Proses nyah kod melibatkan pemahaman tentang hubungan antara huruf-huruf dan menterjemahkan perkataan tulisan kepada bentuk yang sama dengan bahasa lisan. Oleh itu, kemahiran nyah kod membolehkan seseorang menyebut perkataan yang ditulis dengan betul. Manakala poroses pemahaman pula membolehkan seseorang memahami makna sesuatu perkataan atau makna perkataan mengikut konteks.
Terdapat banyak definisi yang diberikan untuk menjelaskan maksud bacaan. Harris dan Sipay (1980) menyifatkan proses membaca sebagai proses untuk memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis. Manakala Kenedy (1981) pula mendefinisikan bacaan sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan), menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui, dan seterusnya berasaskan pengalaman lalu, memahami dan mentafsirkan maksudnya (Marohaini Yusoff, 1999). Dua definisi yang diberikan ini sudah cukup untuk menjelaskan bahawa kemahiran membaca adalah satu proses yang kompleks.

Dalam sesuatu proses bacaan, terdapat susun atur
tugasan seperti berikut:
a) mengecam atau mengenal lambang atau perkataan yang dilihat.
b) mengaitkan lambang atau perkataan dengan bunyi atau makna.
c) menterjemahkan makna perkataan itu dengan mengaitkannya dengan apa yang sedia ada di

kepala.
d) mengumpul dan mencantumkan idea, perkataan,dan ayat sehingga menjadi sebuah idea yang

lengkap.
e) mencuba menghuraikan idea kepada orang lain.

No comments:
Post a Comment