Topik : Kata Kerja
Nama Video : Mari Belajar Kata Kerja
Berdasarkan video di atas, guru boleh
melakukan aktiviti yang menarik semasa proses PdP bahasa Melayu. Guru meminta
murid melakonkan aksi atau perbuatan mengikut kata Kerja yang ditunjukkan
seperti dalam video. Melalui aktiviti sebegitu, murid akan lebih mengingat kata
kerja tersebut kerana mereka melakukan sendiri aksi secara ‘hands-on’ bagi
sesuatu kata Kerja. Kemudian guru meminta murid membaca ayat tunggal dengan
betul tentang kata Kerja dalam video tersebut. Kemudian murid akan menyanyi
lagu secara didik hibur yang bertajuk ‘Bangun Pagi’ yang diselitkan dalam video tersebut. Guru membimbing murid dan
turut menyanyi bersama.
Rakaman Video
Tajuk : Keselamatan Jalan Raya
Dalam video di atas terdapat salah laku pengguna di mana pengguna jalan
raya telah melanggar peraturan jalan raya. Murid diminta mengeluarkan komentar
mereka mengikut pandangan dan idea masing-masing. Guru membimbing murid
memahami maksud tersirat dalam video tersebut. Oleh demikian, penggunaan video tersebut sangat berkesan untuk
menerapkan nilai keselamatan menjaga diri kepada murid-murid yang masih mentah
tentang sikap pengguna jalan raya.
No comments:
Post a Comment