Kemahiran Mendengar

KEMAHIRAN MENDENGAR

Pengenalan
Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan pelajar mendengar dengan teliti dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti cerita, arahan, perbualan, soal jawab, laporan berita, dan perbincangan. Kemahiran mendengar ini adalah kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku pada peringkat penerimaan. Pendengaran (listening) juga merupakan suatu kemahiran yang asas dan utama dalam proses komunikasi.
Seseorang pelajar yang telah dapat menguasai kemahiran mendengar harus dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh orang lain dan dapat memahami maksud serta boleh mentafsir apa sahaja yang didengar itu dengan tepat. Kemahiran ini juga dimulakan pada peringkat awal pengajaran bahasa yang bertujuan untuk memungkinkan pelajar fasih bercakap dalam bahasa yang dipelajari itu.                                                                                                                                                                                   Maksud mendengar

            Mendengar adalah satu proses yang kompleks melibatkan lebih daripada hanya deria pendengaran. Untuk mendengar dengan baik, kita bergantung pada telinga, minda dan hati. Ramai orang menganggap bahawa pendengaran dan menengar adalah sinonim.  Ini tidak benar. Pendengaran adalah aktiviti fisiologi yang berlaku apabila gelombang bunyi mengenai gegedang  telinga. Orang pekak menerima mesej sama ada melalui bacaan bibir atau ASL  ( American Sign Language). Mendengar pula mempunyai dimensi psikologi dan kognitif yang tidak berlaku kepada pendengaran. 

Pendapat  falsafah :
Menurut Yahya Othman dalam buku ‘Pedagogi Bahasa’ pula menyatakan bahawa mendengar adalah kemahiran bahasa yang penting dan perlu dipelajari secara intensif terutama semasa belajar di sekolah rendah dan menengah seperti yang terkandung dalam sukatan pelajaran. Aktiviti mendengar penting untuk dikuasai kerana penggunaannya begitu meluas dalam  kehidupan seharian.                                                                            

Peringkat-peringkat kemahiran mendengar
Kemahiran mendengar terdiri daripada tiga peringkat iaitu :

      i.        Peringkat awal
Kemahiran mendengar pada peringkat awal bermaksud kanak-kanak mengumpul data yang didengar. Dalam peringkat ini murid-murid ditumpukan kepada bahagian-bahagian tertentu daripada apa yang yang mereka dengar. Latihan ini amat baik untuk melatih murid-murid mendengar dengan teliti maklumat-maklumat yang berkaitan sahaja dan mengetepikan yang lainnya.

                 Peringkat pertengahan
a.    Mengecam dan mengingat fakta serta butiran secara terperinci
b.    Mengenal maklumat khusus
c.    Mengesan urutan
d.    Mengenal pasti sebab dan akibat
e.    Mengenal hubungan orang yang berinteraksi
f.     Mengesan sikap dan perasaan orang yang bertutur

   iii.        Peringkat maju
a.    Mengenal peranan penutur
b.    Mentafsir maksud penutur
c.    Memberitahu fungsi tekanan dan intonasi penutur
d.    Mencari jalan penyelesaian masalah yang didengar
e.    Mengamati maklumat dan fakta yang didengari  

No comments:

Post a Comment